Friday, August 26, 2011

Sausage kucing?


Pernahkah anda makan sausage @ sosej kucing? Worry not, ini bukan sosej kucing untuk dimakan. Huhuhu. Inilah anak-anak kucing saya yang baru lahir. Namanya sausage @ sosej sebab rupa parasnya sebijik macam sosej yang jual kat jusco rm3.80 tu. Ada dua ekor, sekor namanya sosej itam dan sekor sosej oren. Comel sangat kan mereka ini? Janganlah pula jadikan mereka ini sosej untuk dimakan kerana ladang lembu masih banyak di Malaysia.


Sosej oren dah bukak mata


Sosej-sosej sedang tido


Sosej yang gemok-gemok


Sosej itam yang masih tido walaupun kene alih banyak kali


Tengok tu kecomelan sosej oren :)


Lihatlah kegendutan perot mereka :)


Tuesday, August 16, 2011

I Love Perry


Saya tak tau ape dah jadi dengan saya skang ni. Kalau puasa tahun lepas saya habiskan masa menunggu waktu berbuka dengan melayan Asian Food Channel (AFC). Korang bayangkanlah tengah puasa boleh tengok rancangan masak-masak. Pehhh memang meleleh ayor liur. Lepas tu pulak yang masak tu chef-chef terrer. Of course la resepi die dasat-dasat kan? Ayam Spanish la, roti olive la. Eh semua resepi sedap-sedap tu saya salin tau. Tulis dalam buku resepi comel saya. Tapi tak pernah buat pun :P Tapi tahun ni rutin harian saya dah bertukar.

Saya balik keje skang pukul 4.30. Nganga-nganga kejap kat opis, turun tangga 19 tingkat, sampai la rumah pukul 5. Lepas mandi, Asar sume terus buka TV. Oleh sebab dah duduk dengan makcik saya, saya melayan anak-anaknya tengok Disney Channel. Si kecik Zahin tu mood die tukar-tukar. Kadang-kadang die nak tengok Disney Channel, kadang-kadang nak Cartoon Network. So bila dapat tengok Disney Channel saya sangat-sangat la suka tengok cite kartun Phineas and Ferb. Hari-hari pukul 6 sampai 7 malam. Kartun die sangat la laju dan seronok. Ada lagu-lagu pulak tu. Dan yang paling comel sekali ialah watak pet si Phineas and Ferb ni iaitu Perry the Platypus yang sebenarnya seekor secret agent binatang Agent P. Comel gile Perry ni, bunyik die sangat-sangat la comel. Lagi sorang watak comel ialah si Isabella. Bila die datang kat Phineas, die akan cakap "What u doing?" dengan nada yang sangat comel. Watak Candace iaitu kakak kepada Phineas and Ferb voice over die memang sangat sesuai. Tau tak siapa suara Candace tu? Suara Ashley Tisdale. Memang cool. So sejak dari itu Phineas and Ferb is my favourite cartoon!!!


Phineas and Ferb yang comel :)

Saya nak sangat beli plush Perry ni tapi takde jual kat Malaysia ke?


Monday, August 15, 2011

Dah terlambatkah??


Adakah saya sudah terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa? Tak kan?? Saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan saya. Tahun ni ape azam puasa korang? Saya berazam nak turunkan berat jadi 44kg macam tahun lepas. Tapi nampak gayanya macam susah je sebab time berbuka makan mesti sedap-sedap. Selain menu utama nasi dengan kuah, mestu ada lauk sayur dengan goreng-goreng macam ayam ke, ikan ke, tempe ke, udang ke, sotong ke. Macam mane nak kurus ni? Lauk-lauk faveret saya tahun ni adalah asam pedas, nasi lemak ayam goreng berampah dan nasi briyani. Tengok tu? Semua yang high calories. Dah la bulan puasa tak berapa nak exercise. Haaa kuih cara berlauk dengan kek batik kat bazar ramadhan Peringgit pun sedap. Walaupun saya sahur hanya minum susu low fat, tapi still xde perubahan. Jadi setiap hari saya akan turun tangga 19 tingkat masa nak balik kerja. Kene pegi Mydin cari jamu la kot. Huhuhu.

Selamat berpuasa kawan-kawan. Jangan makan banyak-banyak ye masa berbuka.

Monday, August 8, 2011

The New Me


Kenapa blog ni kosong? Xde post? Sbb dh ilang... Hehehe... Welcome to the new My World Blog!!! Diperbaharui, dinaik taraf, ditambah perisa dan lagi best (ala2 iklan Myvi). Sebenarnya saya teramat la busy sejak duk Melaka balik. Keje baru ni xdela mcm keje lama. Dulu keje bnyk ad hoc dan bile keje siap boleh rileks. Sekarang keje dah lain. Sentiasa ada keje. Kalau xde keje kene wat perancangan keje untuk next week plak. Sbb kami ada target yang nak kejar setiap tahun.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Itulah slogan saya skarang. Berbalik pasal saya, saya sekarang dah 48kg (OMG!!!) Sejak duk Melaka ni saya semakin sihat. Setakat asam pedas dgn ayam goreng tu senang je cari. Sbb dah duk dengan family, duit pun dh jimat la xpyh nak isi minyak balik kg, bayar sewa rumah, so duit banyak habis kat makan. Setakat McD tu seminggu 3 kali pun boleh. Patutla debab. So sempena bulan puasa ni saya berazam nak turunkan berat jadi 44kg balik. Kawan2 doakan lah saya. Saya xmau beli jeans baru. Saya nak pakai jeans yang sama....

Saya skarang kerja di Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Office saya kat Menara Persekutuan dekat MITC. Tingkat 19. Sape2 datang sini boleh la singgah jenguk saya. Oleh kerana makcik saya yang duk Terengganu tu dah pindah Melaka, so saya skang duk dgn die. Tiap2 hari hantar anak die pergi sekolah. Rumah dekat je dengan office. Status saya skang dh engaged (malu2 kucing la plak). Tunang saya namanya Megat Zulkifli. Orang Perak. Kerja kat Ipoh. Lagi ape ek? Ohhh, Atan dah besar. Dah gumuk macam Azrul dulu dah. Ok lah, cukuplah stakat ni dulu. Nanti ada masa update lagi ek.



Sekadar gambar hiasan