Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

My Sister's Wedding


Selamat pagi semua! Ok dah nak tengahari dah. Seperti yang dicanang-canangkan sebelum ni saya akan update gambar kahwin kakak saya iaitu si Demuk Busuk atau nama glamour dia Betty. FYI adik beradik saya hanya 2 orang. So this is the last wedding in our family, setahun 2 orang terus mak saya dapat menantu. Photographer rasmi ialah TN Pesona Studio dan wedding planner ialah Nhart Inspirasi serta make up by Siew Ting Ting. Semuanya sama masa saya kahwin dulu. Tak lupa juga katering juga dari orang yang sama iaitu Razak Katering - katering termurah dan terlengkap di Negeri Melaka (slogan company katanya). Jadi kawan-kawan yang nak kahwin tu boleh la dapatkan servis dari orang-orang di atas kerana pakej yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan mampu milik. Bayar tak seberapa pun tapi majlis macam grand gila. 

Kalau tengok gambar kakak saya style dia memang different dari style saya sebab TN Pesona ni ambil gambar dan edit ikut kemahuan pengantin. So tak perlu risau. If korang teringin nak gambar ala-ala artis korang bagitahu je pada photographer tu dia akan study sebelum turun padang. For best results, ask for Abang Amir dan Azhar untuk shoot korang. Sangat berpuas hati. Kakak saya ni memang sewel sikit sebab tu gambar dia macam kanak-kanak tak sudah. Beza dengan gambar saya yang ala-ala feminin romantik komedi gitu. Gambar kahwin saya haruslah epic untuk tatapan anak cucu. Jadi anak cucu tahu yang saya ni seorang yang serius dan romantik, sweet, manis, sopan santun gitu. Padahal sewel jugak. Tapi sewel itu biarlah hanya orang terdekat saya yang tahu. You see me, then you know me. Ok tengok la gambar :)


 Pengantin pompuan memang gila Dr. Marten.

 Sibuk nak pakai Dr. Marten sampai bunga pun tinggal kat rumah.

 Adik pengantin haruslah lagi over posing ayu atas pelamin. Wearing my Jovian RTW Jaida.

 Muka sangat gatal

 Kawan-kawan sepejabat

 Bergambar bersama Tweji Tokki a.k.a Pig Rabbit


 Sibuk lagi dengan kasutnya

 This is my besties! 

 Tidak senonoh




 Gangnam Style





Overall wedding ni sangat memenatkan sebab sedara mara request suruh buat di rumah sebab saya dulu buat di dewan. Last-last Kakpah jugak yang penat. Saya sebagai tukang selaras majlis, wedding planner tanpa kelulusan, tukang buat goodies, tukang buat hantaran, pekerja rencam, tukang beli barang, tukang pikir, tukang tempah dan sebagainya. Jadi pada hari kejadian, pukul 2 saya sudah flat. Lepak je atas buaian sebab dah kepenatan. Kesian suami saya kena susun kerusi sorang-sorang pagi tu sebab malam sebelum tu hujan. Petang lepas majlis pun hujan lebat gila. Nasib baik majlis dah selesai. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pun sempat singgah bagi sumbangan. Terima kasih Tok Ali sudi singgah dengan keadaan hujan lebat becak pulak tu. 

Monday, December 3, 2012

Kucing Naik Pelamin


Ala tajuk saje je kasi gempak. Cuma gambar si gemuk busuk Atan bersama pengantin yakni kakak saya si Demuk Busuk. Gambar-gambar lain masa kenduri kahwin nanti saya post ok? 

Cumel kan Atan naik pelamin?


Monday, November 19, 2012

Happy Birthday To Me


Yeay! I am 27 years old. Tapi saya nampak muda kan? Macam kanak-kanak sedang belajar di Kolej. Huhu. Tahun ni first time sambut birthday sebagai isteri. Doesn't make any difference sebab masih PJJ dengan suami. Kasihannya saya. Tapi saya dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat menyayangi saya. Sama-sama celebrate birthday saya. Orang pertama sekali yang celebrate is Mrs. Kaka. Punyalah tak sabar orang tu nak makan kek paksa celebrate sehari awal. Hahaha. Seronoknya. Ok birthday saya is 6 November.

 Mrs. Kaka belanja cheesecake kat Secret Recipe. 

Untuk birthday saya jugak, dapat birthday gift dari Clarins. Saya jadi member sejak tahun lepas. Dapat double point jugak on birthday month. So saya pun beli la Double Serum untuk mengekalkan keremajaan saya. Wek! The Body Shop jugak ada bagi 25% off normal priced item untuk birthday month. Beli la stok set pencuci muka Vitamin C. I love shopping on my birthday :)

 Coin pouch dari Clarins


Seterusnya Cik Yaya belanja kek yang sangat sedap kat Vivo Pizza. Sangat sedap kek dia. Siap dapat voucher free coffee. Macam tau-tau ja saya suka coffee.



 Ape kejadah tah nama kek ni. Choc mousse dan cheese strawberry

 Makan baked rice


Acara seterusnya celebrate sendiri di Nadeje Cake Shop, Mahkota Parade. Sanggup beratur nak makan cake lapis-lapis ni. Tak menyesal sungguh. Sangat sedap. Saya baru je masuk member Nando's. Dapat birthday voucher lagi. Dapat hot beverage dan dessert. Seronoknye hari jadi!!

 Sambut dengan Ain pula di Nadeje Cake Shop. Makan Mille Crepe cake. Berry berry strawberry. 

Nando's pun bagi hadiah birthday jugak

 Thank you Nando's belanja dessert dan hot tea sempena birthday saya :)


My best buddy Niesha berjaya mensurprise saya dengan mengupah amoi kedai bunga untuk hantar bunga sempena birthday. Bersekongkol dengan Kaka rupanya diorang ni. Thank you sangat. Sayang korang. 

Bunga dari Mrs. Shasha yanga sangat best! Thank you buddy!

Sempena birthday saya, saya telah menghadiahkan diri sendiri 2 helai baju dari thepoplook.com dan sehelai peplum dari Msberipink's Closet. Sangat gembira bagi hadiah untuk diri sendiri. Dengan ini saya nak ucapkan terima kasih pada semua kawan-kawan yang wish birthday saya, mahupun di SMS, call dan FB. Terima kasih jugak FB sebab ingatkan birthday saya pada kawan-kawan dan suami saya yang comel tu. Ye lah birthday sendiri pun lupa inikan birthday isteri. Nasib baik isteri baik hati memahami tak reti merajuk. Belum sempat celebrate dengan hubby lagi. Hadiah pun belum dapat. Tunggu dia balik sini. Ikutkan hati macam-macam nak mintak tapi saya sangat baik hati. Mintak hadiah murah-murah cukuplah. Janji kami bahagia :) (Poyo la pulak)


Thursday, July 19, 2012

I am a WIFE

Assalammualaikum semua. Since saya dah lama tak update blog, saya nak bagitahulah pada semua yang saya telah selamat mendirikan rumahtangga bersama Encik Megat Zulkifli dari Kuale Kangsor, Perak. Majlis pernikahan kami berlangsung pada 30 Mac 2012 di Masjid Kg Tun Abd Razak, kampung saya dibesarkan. Dinikahkan oleh Tok Imam Haji Mat Deni, yang kenal saya dari kecik (Tengah bawak basikal pusing kampung Tok Imam panggil, nak, pegi ambik bubur lambuk kat masjid). Lepas nikah lepas Isyak, ada jamuan kecik-kecik makan nasi ayam di rumah Busu saya di Ayer keroh. Lepas tu posing-posing ambik gambar lentok-lentok kat tangga (nasib baik rumah aku takda pelamin kalau tak mau tido aku atas pelamin).

Next day our reception kat Dewan Dato' Demang Hussin, Bukit Katil. Dewan ni saya book tanpa tengok pun sebab dh last minit semua dewan lain either dh kene booked atau mahal sangat. Tapi sangat bepuas hati dengan harga yang ditawarkan memandangkan dewan ni baru renovate, upgrade tambah aircond. Ada pentas comel, dinding zink dah cover dengan plywood, cat pun baru. So sangat puas hati. Kami pengantin koboi, time Siew Ting Ting datang mekap kat rumah just tinggal 2 orang pengantin baru ni je sebab semua dah pergi dewan. Then, pengantin bawak kereta sendiri datang dewan. Sangat romantik. The week after is kenduri bertandang di Kuala Kangsar, rumah family hubby.









So nah la tengok gambar kawen saya yang sengal-sengal udang malu-malu kucing ni. Official photographer is TN Pesona Studio dan De' Shutter Creation (Cam artis aku pakai 2 OP).

*cukup tak? tak cukup boleh view di FB saya. If you're going to get married soon, do contact these 2 photographers as I strongly recommend them. Beautiful results.

Tuesday, August 16, 2011

I Love Perry


Saya tak tau ape dah jadi dengan saya skang ni. Kalau puasa tahun lepas saya habiskan masa menunggu waktu berbuka dengan melayan Asian Food Channel (AFC). Korang bayangkanlah tengah puasa boleh tengok rancangan masak-masak. Pehhh memang meleleh ayor liur. Lepas tu pulak yang masak tu chef-chef terrer. Of course la resepi die dasat-dasat kan? Ayam Spanish la, roti olive la. Eh semua resepi sedap-sedap tu saya salin tau. Tulis dalam buku resepi comel saya. Tapi tak pernah buat pun :P Tapi tahun ni rutin harian saya dah bertukar.

Saya balik keje skang pukul 4.30. Nganga-nganga kejap kat opis, turun tangga 19 tingkat, sampai la rumah pukul 5. Lepas mandi, Asar sume terus buka TV. Oleh sebab dah duduk dengan makcik saya, saya melayan anak-anaknya tengok Disney Channel. Si kecik Zahin tu mood die tukar-tukar. Kadang-kadang die nak tengok Disney Channel, kadang-kadang nak Cartoon Network. So bila dapat tengok Disney Channel saya sangat-sangat la suka tengok cite kartun Phineas and Ferb. Hari-hari pukul 6 sampai 7 malam. Kartun die sangat la laju dan seronok. Ada lagu-lagu pulak tu. Dan yang paling comel sekali ialah watak pet si Phineas and Ferb ni iaitu Perry the Platypus yang sebenarnya seekor secret agent binatang Agent P. Comel gile Perry ni, bunyik die sangat-sangat la comel. Lagi sorang watak comel ialah si Isabella. Bila die datang kat Phineas, die akan cakap "What u doing?" dengan nada yang sangat comel. Watak Candace iaitu kakak kepada Phineas and Ferb voice over die memang sangat sesuai. Tau tak siapa suara Candace tu? Suara Ashley Tisdale. Memang cool. So sejak dari itu Phineas and Ferb is my favourite cartoon!!!


Phineas and Ferb yang comel :)

Saya nak sangat beli plush Perry ni tapi takde jual kat Malaysia ke?


Monday, August 8, 2011

The New Me


Kenapa blog ni kosong? Xde post? Sbb dh ilang... Hehehe... Welcome to the new My World Blog!!! Diperbaharui, dinaik taraf, ditambah perisa dan lagi best (ala2 iklan Myvi). Sebenarnya saya teramat la busy sejak duk Melaka balik. Keje baru ni xdela mcm keje lama. Dulu keje bnyk ad hoc dan bile keje siap boleh rileks. Sekarang keje dah lain. Sentiasa ada keje. Kalau xde keje kene wat perancangan keje untuk next week plak. Sbb kami ada target yang nak kejar setiap tahun.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Itulah slogan saya skarang. Berbalik pasal saya, saya sekarang dah 48kg (OMG!!!) Sejak duk Melaka ni saya semakin sihat. Setakat asam pedas dgn ayam goreng tu senang je cari. Sbb dah duk dengan family, duit pun dh jimat la xpyh nak isi minyak balik kg, bayar sewa rumah, so duit banyak habis kat makan. Setakat McD tu seminggu 3 kali pun boleh. Patutla debab. So sempena bulan puasa ni saya berazam nak turunkan berat jadi 44kg balik. Kawan2 doakan lah saya. Saya xmau beli jeans baru. Saya nak pakai jeans yang sama....

Saya skarang kerja di Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Office saya kat Menara Persekutuan dekat MITC. Tingkat 19. Sape2 datang sini boleh la singgah jenguk saya. Oleh kerana makcik saya yang duk Terengganu tu dah pindah Melaka, so saya skang duk dgn die. Tiap2 hari hantar anak die pergi sekolah. Rumah dekat je dengan office. Status saya skang dh engaged (malu2 kucing la plak). Tunang saya namanya Megat Zulkifli. Orang Perak. Kerja kat Ipoh. Lagi ape ek? Ohhh, Atan dah besar. Dah gumuk macam Azrul dulu dah. Ok lah, cukuplah stakat ni dulu. Nanti ada masa update lagi ek.



Sekadar gambar hiasan