Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

My Sister's Wedding


Selamat pagi semua! Ok dah nak tengahari dah. Seperti yang dicanang-canangkan sebelum ni saya akan update gambar kahwin kakak saya iaitu si Demuk Busuk atau nama glamour dia Betty. FYI adik beradik saya hanya 2 orang. So this is the last wedding in our family, setahun 2 orang terus mak saya dapat menantu. Photographer rasmi ialah TN Pesona Studio dan wedding planner ialah Nhart Inspirasi serta make up by Siew Ting Ting. Semuanya sama masa saya kahwin dulu. Tak lupa juga katering juga dari orang yang sama iaitu Razak Katering - katering termurah dan terlengkap di Negeri Melaka (slogan company katanya). Jadi kawan-kawan yang nak kahwin tu boleh la dapatkan servis dari orang-orang di atas kerana pakej yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan mampu milik. Bayar tak seberapa pun tapi majlis macam grand gila. 

Kalau tengok gambar kakak saya style dia memang different dari style saya sebab TN Pesona ni ambil gambar dan edit ikut kemahuan pengantin. So tak perlu risau. If korang teringin nak gambar ala-ala artis korang bagitahu je pada photographer tu dia akan study sebelum turun padang. For best results, ask for Abang Amir dan Azhar untuk shoot korang. Sangat berpuas hati. Kakak saya ni memang sewel sikit sebab tu gambar dia macam kanak-kanak tak sudah. Beza dengan gambar saya yang ala-ala feminin romantik komedi gitu. Gambar kahwin saya haruslah epic untuk tatapan anak cucu. Jadi anak cucu tahu yang saya ni seorang yang serius dan romantik, sweet, manis, sopan santun gitu. Padahal sewel jugak. Tapi sewel itu biarlah hanya orang terdekat saya yang tahu. You see me, then you know me. Ok tengok la gambar :)


 Pengantin pompuan memang gila Dr. Marten.

 Sibuk nak pakai Dr. Marten sampai bunga pun tinggal kat rumah.

 Adik pengantin haruslah lagi over posing ayu atas pelamin. Wearing my Jovian RTW Jaida.

 Muka sangat gatal

 Kawan-kawan sepejabat

 Bergambar bersama Tweji Tokki a.k.a Pig Rabbit


 Sibuk lagi dengan kasutnya

 This is my besties! 

 Tidak senonoh




 Gangnam Style





Overall wedding ni sangat memenatkan sebab sedara mara request suruh buat di rumah sebab saya dulu buat di dewan. Last-last Kakpah jugak yang penat. Saya sebagai tukang selaras majlis, wedding planner tanpa kelulusan, tukang buat goodies, tukang buat hantaran, pekerja rencam, tukang beli barang, tukang pikir, tukang tempah dan sebagainya. Jadi pada hari kejadian, pukul 2 saya sudah flat. Lepak je atas buaian sebab dah kepenatan. Kesian suami saya kena susun kerusi sorang-sorang pagi tu sebab malam sebelum tu hujan. Petang lepas majlis pun hujan lebat gila. Nasib baik majlis dah selesai. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pun sempat singgah bagi sumbangan. Terima kasih Tok Ali sudi singgah dengan keadaan hujan lebat becak pulak tu. 

Monday, November 19, 2012

Happy Birthday To Me


Yeay! I am 27 years old. Tapi saya nampak muda kan? Macam kanak-kanak sedang belajar di Kolej. Huhu. Tahun ni first time sambut birthday sebagai isteri. Doesn't make any difference sebab masih PJJ dengan suami. Kasihannya saya. Tapi saya dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat menyayangi saya. Sama-sama celebrate birthday saya. Orang pertama sekali yang celebrate is Mrs. Kaka. Punyalah tak sabar orang tu nak makan kek paksa celebrate sehari awal. Hahaha. Seronoknya. Ok birthday saya is 6 November.

 Mrs. Kaka belanja cheesecake kat Secret Recipe. 

Untuk birthday saya jugak, dapat birthday gift dari Clarins. Saya jadi member sejak tahun lepas. Dapat double point jugak on birthday month. So saya pun beli la Double Serum untuk mengekalkan keremajaan saya. Wek! The Body Shop jugak ada bagi 25% off normal priced item untuk birthday month. Beli la stok set pencuci muka Vitamin C. I love shopping on my birthday :)

 Coin pouch dari Clarins


Seterusnya Cik Yaya belanja kek yang sangat sedap kat Vivo Pizza. Sangat sedap kek dia. Siap dapat voucher free coffee. Macam tau-tau ja saya suka coffee.



 Ape kejadah tah nama kek ni. Choc mousse dan cheese strawberry

 Makan baked rice


Acara seterusnya celebrate sendiri di Nadeje Cake Shop, Mahkota Parade. Sanggup beratur nak makan cake lapis-lapis ni. Tak menyesal sungguh. Sangat sedap. Saya baru je masuk member Nando's. Dapat birthday voucher lagi. Dapat hot beverage dan dessert. Seronoknye hari jadi!!

 Sambut dengan Ain pula di Nadeje Cake Shop. Makan Mille Crepe cake. Berry berry strawberry. 

Nando's pun bagi hadiah birthday jugak

 Thank you Nando's belanja dessert dan hot tea sempena birthday saya :)


My best buddy Niesha berjaya mensurprise saya dengan mengupah amoi kedai bunga untuk hantar bunga sempena birthday. Bersekongkol dengan Kaka rupanya diorang ni. Thank you sangat. Sayang korang. 

Bunga dari Mrs. Shasha yanga sangat best! Thank you buddy!

Sempena birthday saya, saya telah menghadiahkan diri sendiri 2 helai baju dari thepoplook.com dan sehelai peplum dari Msberipink's Closet. Sangat gembira bagi hadiah untuk diri sendiri. Dengan ini saya nak ucapkan terima kasih pada semua kawan-kawan yang wish birthday saya, mahupun di SMS, call dan FB. Terima kasih jugak FB sebab ingatkan birthday saya pada kawan-kawan dan suami saya yang comel tu. Ye lah birthday sendiri pun lupa inikan birthday isteri. Nasib baik isteri baik hati memahami tak reti merajuk. Belum sempat celebrate dengan hubby lagi. Hadiah pun belum dapat. Tunggu dia balik sini. Ikutkan hati macam-macam nak mintak tapi saya sangat baik hati. Mintak hadiah murah-murah cukuplah. Janji kami bahagia :) (Poyo la pulak)


Friday, August 3, 2012

Penjaga Alam Sekitar

Green Squad Enviro. That is what the boys called themselves. Nama memang catchy. But the truth is our responsibilities as Environmental Control Officers and Assistant Officers are very much different than civilian would think. Jangan ingat kami pergi tanam pokok, kutip sampah, rawat sungai tercemar. It is a lot more than that. Public won't see what we do until you filed a complaint. Then you will see our friendly faces. Kitorang ni bekerja di belakang tabir. Nama pun Environmental Control. Atau nama jawatan dalam bahasa Melayunya Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar.. Fuyooo sikit punya panjang nama jawatan melambangkan tanggungjawab yang berpanjangan terhadap alam sekitar. Ok cukup perasan. So, hari ni saya nak kenalkan dengan tugas-tugas pegawai-pegawai JAS ni pada semua.

1. Unit Punca Tetap - Jaga kilang-kilang yang tak bergerak. Huhuhu. Tetap la maksudnya tu. Kitorang pantau kualiti air yang dilepaskan dari treatment system yang merawat air dari proses kilang. Proses ni kan banyak guna chemical. Selain tu pantau buangan terjadual yang kilang tu hasilkan. Ok jangan salah anggap dengar buangan terjadual. Tiada kena-mengena dengan pembuangan apa-apa yang ada jadual. In English is Scheduled Waste. Apa-apa waste/buangan yang tersenarai dalam jadual. Bahan-bahan ni toxic dan bahaya. Ada kesan yang buruk pada alam sekitar dan manusia. So wastes ini perlu dilupuskan mengikut cara yang betul. Then dipantau juga asap cerobong. Yang ni semua nampak kan? Eh tapi jangan salah anggap asap putih tu semuanya asap. Kadang-kadang asap putih tu wap air. Ok paham kawan-kawan? Next..

2. Unit Punca Bergerak - Asap hitam dari kenderaan diesel dan petrol. Kitorang tahan lori, test pakai Muller Bem. Yang ni test opacity asap hitam. Unit ni juga test bunyi bising motorsikal dan refrigerant aircond kat bengkel-bengkel.

3. PYDT - Premis yang ditetapkan iaitu kilang-kilang yang diberi lesen asing daripada kilang lain. Contoh seperti kilang sawit, kilang getah, kilang recovery, incinerator dan lain-lain.

4. Kumbahan dan IKS - Ok ini unit saya! Saya suka unit ni. Saya jaga semua loji kumbahan IWK dan private. Ambil sample air, hantar jabatan kimia. Pastu pergi inspection IKS jaga scheduled waste diorang. Kacang je unit ni. Tapi korang kalau dengar IWK mesti korang mcm sceptical kan? Tengok poo poo orang lain, ketul-ketul terapung.. Ade biji-biji cili lagi. Ok cukup :P

5. Aduan, Kontigensi dan Cegah Pembakaran Terbuka - Segala aduan mahupun logik atau tidak, pelik atau tiada kena mengena dengan alam sekitar, we'll be there. kalau ada kena mengena dengan department lain, kami forward. Then kontigensi is pelan tindakan untuk kes-kes special like oil spill kat laut or darat, chemical spill dan lain-lain la yang mencetuskan kedatangan Karam Sigh Walia. Then rondaan petang-petang cegah open burning. Dari construction site, kilang-kilang, taman-taman dan lain-lain yang tidak dibenarkan. Makcik-makcik kat kampung boleh bakar daun-daun kering tapi no plastic or rubber ok!

6. Pembangunan - Bawah bahagian pembangunan ada unit Kebenaran Bertulis dan Penilaian Awal Tapak untuk submit new premises and equipment, Pendidikan, Pengawasan sungai, laut dan air bawah tanah serta kualiti udara, EIA (Environmental Impact Assessment) dan GIS. Mereka tak buat enforcement. 

If you are supposed to be in a factory handling treatment plant, atau pemilik-pemilik lori yang banyak, kamu akan kenal kami dan takut kami. Kerana kompaun kami RM2000 dan prosedur nak masuk court kalau tak bayar is amat cepat. Kami mencegah rather than merawat. Kami prevent pencemaran dari berlaku. That is why I happened to love this job. Dari dulu yang tak berape nak environmental friendly sekarang dah jadi sangat aware, I bring my own shopping bag ok. 

Pesanan dari saya, jagalah alam sekitar kita, conserve energy, use reusable shopping bag, reduce waste. Tips-tips amalan hijau ada kat internet. Cari je. You can make a difference!!

 Green Squad Enviro sedang menjalankan tugas!!

Kaka di hadapan loji kumbahan jenis kolam oksidasi