Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammulaikum semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri pada semua sahabat handai, rakan taulan, sedara mara, rakan kerja, kenalan, menteri-menteri, artis-artis yang mengenali saya dan saya kenali. Huhuhu. Saya nak minta ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya selama ni sama ada perbuatan, percakapan, secara sengaja atau tidak. Jika ada terhutang, terpinjam terlupa bayar tolong inform saya, saya akan bayar. Saya doakan kamu semua menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan keseronokan tanpa berlebih makan, cirit-birit, sakit perut. Semoga perjalanan balik kampung selamat sebelum, semasa dan sesudah sampai. Bagi yang memberi duit raya, berilah dengan seikhlas hati, mengikut bajet dan kemampuan masing-masing. Jangan menunjuk-nunjuk bagi duit raya banyak. Sedekahlah pada anak-anak yatim kerana ia mampu mengukir senyuman pada mereka. Jangan berkira dengan anak yatim. Tahun ni saya beraya di kampung hubby di Kuale Kangsor, Perak. Sabtu pukul 1 petang baru bertolak balik tumpang officemate yang balik Bukit Gantang. Hubby akan tunggu di tol. Oleh kerana tak dapat tolong-tolong masak, jadi saya akan masak awal-awal pagi Sabtu dari rumah dan bawak bekal ke sana. Buat la sikit rendang daging cili padi, rendang ayam, sambal ikan bilis dan ketupat segera. Pagi raya nak berjalan raya, nak salam Raja Dr. Nazrin. Eh!! Tak boleh, haram. Nak salam Tuanku Zara. Itu pun kalau boleh la. Jemput datang ke rumah mana yang dekat-dekat. Ok bye. Muahh.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Farashina & Megat Zulkifli

Tuesday, August 14, 2012

Zalora oh Zalora


Sincerely I'm not too fussy. I can accept apology if it is reasonable. I don't mind if my item arrived a bit late if I have no plan to use it soon. But we are talking kasut raya right now. Of course it has to arrive before raya for me to wear them on raya. If not, why we call it kasut raya? Damn (kurang pahala puasa). Saya ada order kasut raya dari Zalora. Tarikh order is 1 Ogos. Confirmation untuk order dan payment dah dapat. Kalau ikut description pada item tu "at your door between 3-4 working days". Abah mung! (kurang lagi pahala). Sekali saya contact customer service dia, cakap ini international item memerlukan 7-14 hari bekerja. Waklu. Cakap macam hero tamil. Kan senang awal-awal kau cakap macam tu. Takdelah aku ternanti-nanti kat kaunter tu tunggu abang courier datang. Cehh!! Situ dah tipu satu. Luckily my first purchase with Zalora came in with no problem. Which is my Jovian by Jovian Mandagie. Sape tah nama customer service tu eh? Lupa dah. Dia janji minggu ni kasut raya saya sampai. Kalau tak sampai nak buat aduan kat pihak yang berkaitan. Lately banyak sangat komplen pasal Zalora ni. Saya ni takda lah nak emo sangat nak termakan kata-kata negatif orang ni. In case la kalau yg ni tak sampai juga minggu ni, I don't think I will buy anything again from them. Dia ada send apology email pada semua customer mengatakan tengah upgrade system so boleh cater ribu-ribu order sehari. Mungkin Zalora dah terlebih famous so staff pun tak cukup, order salah hantar, tukang order tak sempat order dari oversea. Tak tahu la kan, pikir positip je ni. Doa-doakanlah kasut rayaku sampai tepat pada masanya. Dah la first time nak raya dengan husband ni. Buat spoilt je..

I'm waiting for you my lovely kasut raya :(

Friday, August 3, 2012

Penjaga Alam Sekitar

Green Squad Enviro. That is what the boys called themselves. Nama memang catchy. But the truth is our responsibilities as Environmental Control Officers and Assistant Officers are very much different than civilian would think. Jangan ingat kami pergi tanam pokok, kutip sampah, rawat sungai tercemar. It is a lot more than that. Public won't see what we do until you filed a complaint. Then you will see our friendly faces. Kitorang ni bekerja di belakang tabir. Nama pun Environmental Control. Atau nama jawatan dalam bahasa Melayunya Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar.. Fuyooo sikit punya panjang nama jawatan melambangkan tanggungjawab yang berpanjangan terhadap alam sekitar. Ok cukup perasan. So, hari ni saya nak kenalkan dengan tugas-tugas pegawai-pegawai JAS ni pada semua.

1. Unit Punca Tetap - Jaga kilang-kilang yang tak bergerak. Huhuhu. Tetap la maksudnya tu. Kitorang pantau kualiti air yang dilepaskan dari treatment system yang merawat air dari proses kilang. Proses ni kan banyak guna chemical. Selain tu pantau buangan terjadual yang kilang tu hasilkan. Ok jangan salah anggap dengar buangan terjadual. Tiada kena-mengena dengan pembuangan apa-apa yang ada jadual. In English is Scheduled Waste. Apa-apa waste/buangan yang tersenarai dalam jadual. Bahan-bahan ni toxic dan bahaya. Ada kesan yang buruk pada alam sekitar dan manusia. So wastes ini perlu dilupuskan mengikut cara yang betul. Then dipantau juga asap cerobong. Yang ni semua nampak kan? Eh tapi jangan salah anggap asap putih tu semuanya asap. Kadang-kadang asap putih tu wap air. Ok paham kawan-kawan? Next..

2. Unit Punca Bergerak - Asap hitam dari kenderaan diesel dan petrol. Kitorang tahan lori, test pakai Muller Bem. Yang ni test opacity asap hitam. Unit ni juga test bunyi bising motorsikal dan refrigerant aircond kat bengkel-bengkel.

3. PYDT - Premis yang ditetapkan iaitu kilang-kilang yang diberi lesen asing daripada kilang lain. Contoh seperti kilang sawit, kilang getah, kilang recovery, incinerator dan lain-lain.

4. Kumbahan dan IKS - Ok ini unit saya! Saya suka unit ni. Saya jaga semua loji kumbahan IWK dan private. Ambil sample air, hantar jabatan kimia. Pastu pergi inspection IKS jaga scheduled waste diorang. Kacang je unit ni. Tapi korang kalau dengar IWK mesti korang mcm sceptical kan? Tengok poo poo orang lain, ketul-ketul terapung.. Ade biji-biji cili lagi. Ok cukup :P

5. Aduan, Kontigensi dan Cegah Pembakaran Terbuka - Segala aduan mahupun logik atau tidak, pelik atau tiada kena mengena dengan alam sekitar, we'll be there. kalau ada kena mengena dengan department lain, kami forward. Then kontigensi is pelan tindakan untuk kes-kes special like oil spill kat laut or darat, chemical spill dan lain-lain la yang mencetuskan kedatangan Karam Sigh Walia. Then rondaan petang-petang cegah open burning. Dari construction site, kilang-kilang, taman-taman dan lain-lain yang tidak dibenarkan. Makcik-makcik kat kampung boleh bakar daun-daun kering tapi no plastic or rubber ok!

6. Pembangunan - Bawah bahagian pembangunan ada unit Kebenaran Bertulis dan Penilaian Awal Tapak untuk submit new premises and equipment, Pendidikan, Pengawasan sungai, laut dan air bawah tanah serta kualiti udara, EIA (Environmental Impact Assessment) dan GIS. Mereka tak buat enforcement. 

If you are supposed to be in a factory handling treatment plant, atau pemilik-pemilik lori yang banyak, kamu akan kenal kami dan takut kami. Kerana kompaun kami RM2000 dan prosedur nak masuk court kalau tak bayar is amat cepat. Kami mencegah rather than merawat. Kami prevent pencemaran dari berlaku. That is why I happened to love this job. Dari dulu yang tak berape nak environmental friendly sekarang dah jadi sangat aware, I bring my own shopping bag ok. 

Pesanan dari saya, jagalah alam sekitar kita, conserve energy, use reusable shopping bag, reduce waste. Tips-tips amalan hijau ada kat internet. Cari je. You can make a difference!!

 Green Squad Enviro sedang menjalankan tugas!!

Kaka di hadapan loji kumbahan jenis kolam oksidasi