Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammulaikum semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri pada semua sahabat handai, rakan taulan, sedara mara, rakan kerja, kenalan, menteri-menteri, artis-artis yang mengenali saya dan saya kenali. Huhuhu. Saya nak minta ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya selama ni sama ada perbuatan, percakapan, secara sengaja atau tidak. Jika ada terhutang, terpinjam terlupa bayar tolong inform saya, saya akan bayar. Saya doakan kamu semua menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan keseronokan tanpa berlebih makan, cirit-birit, sakit perut. Semoga perjalanan balik kampung selamat sebelum, semasa dan sesudah sampai. Bagi yang memberi duit raya, berilah dengan seikhlas hati, mengikut bajet dan kemampuan masing-masing. Jangan menunjuk-nunjuk bagi duit raya banyak. Sedekahlah pada anak-anak yatim kerana ia mampu mengukir senyuman pada mereka. Jangan berkira dengan anak yatim. Tahun ni saya beraya di kampung hubby di Kuale Kangsor, Perak. Sabtu pukul 1 petang baru bertolak balik tumpang officemate yang balik Bukit Gantang. Hubby akan tunggu di tol. Oleh kerana tak dapat tolong-tolong masak, jadi saya akan masak awal-awal pagi Sabtu dari rumah dan bawak bekal ke sana. Buat la sikit rendang daging cili padi, rendang ayam, sambal ikan bilis dan ketupat segera. Pagi raya nak berjalan raya, nak salam Raja Dr. Nazrin. Eh!! Tak boleh, haram. Nak salam Tuanku Zara. Itu pun kalau boleh la. Jemput datang ke rumah mana yang dekat-dekat. Ok bye. Muahh.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Farashina & Megat Zulkifli

No comments:

Post a Comment