Hmmm..
Sebenarnya saya rindu sangat nak update blog ni. Dulu masa kat Mentakab memang selalu sangat la update. Banyak benda nak dicerita, banyak gambar nak dikongsi. Tapi sekarang??? Bukan saya tak sudi. Tapi saya takde masaaaaaa!!!! Sejak puasa 2009 memang saya dah tak dapat update selalu sebab laptop saya dipanah petir. Rest in peace my Acer. Lepas tu bulan 10 saya pindah Melaka sebab bertukar pejabat ke Port Dickson. Lagi la tak dapat update sebab celah mana nak cekau internet. PC yang ada kat office pun kena sharing is caring. So sejak tu la blog saya senyap sunyi macam... Ntah tak tau macam apa.
Bulan Januari 2010 saya mula kerja di Melaka. Dapat kerja baru, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar. Then saya amat jakun kerana semua orang dapat PC dengan internet sorang satu. Lepas tu asyik je meeting then ada makan-makan. Seronok weh. Dulu tak merasa ni semua. Kerja ni lebih sibuk dari kerja Juruteknik dulu. Of kos la gaji lebih sikit kan? Kerja ni tiap-tiap minggu kene buat kerja luar at least sekali ke tiga kali seminggu. Untuk pergi penguatkuasaan, lawatan dan aduan dll. Balik office kena siapkan report lawatan, masukkan data dalam sistem, report pada boss, compile lawatan untuk laporan bulanan, simpan gambar dalam PC bla bla bla.
So memang la saya takda masa la sangat nak update blog. Pergi jalan-jalan pun lupa nak ambil gambar. So apa yang saya nak letak dalam blog? Ada je gambar tapi tak sebest gambar kamera pinjam Kolej Komuniti Temerloh yang grand lagi mahal itu. Masa saya di depan PC sekarang saya gunakan sebaik-baiknya untuk siapkan report kejadah semua tu, sambil-sambil on FB la. Hehehe.
Ok la, saya nak pegi siapkan report kejap eh. Bye bye.
No comments:
Post a Comment