Wednesday, January 9, 2013

My Sister's Wedding


Selamat pagi semua! Ok dah nak tengahari dah. Seperti yang dicanang-canangkan sebelum ni saya akan update gambar kahwin kakak saya iaitu si Demuk Busuk atau nama glamour dia Betty. FYI adik beradik saya hanya 2 orang. So this is the last wedding in our family, setahun 2 orang terus mak saya dapat menantu. Photographer rasmi ialah TN Pesona Studio dan wedding planner ialah Nhart Inspirasi serta make up by Siew Ting Ting. Semuanya sama masa saya kahwin dulu. Tak lupa juga katering juga dari orang yang sama iaitu Razak Katering - katering termurah dan terlengkap di Negeri Melaka (slogan company katanya). Jadi kawan-kawan yang nak kahwin tu boleh la dapatkan servis dari orang-orang di atas kerana pakej yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan mampu milik. Bayar tak seberapa pun tapi majlis macam grand gila. 

Kalau tengok gambar kakak saya style dia memang different dari style saya sebab TN Pesona ni ambil gambar dan edit ikut kemahuan pengantin. So tak perlu risau. If korang teringin nak gambar ala-ala artis korang bagitahu je pada photographer tu dia akan study sebelum turun padang. For best results, ask for Abang Amir dan Azhar untuk shoot korang. Sangat berpuas hati. Kakak saya ni memang sewel sikit sebab tu gambar dia macam kanak-kanak tak sudah. Beza dengan gambar saya yang ala-ala feminin romantik komedi gitu. Gambar kahwin saya haruslah epic untuk tatapan anak cucu. Jadi anak cucu tahu yang saya ni seorang yang serius dan romantik, sweet, manis, sopan santun gitu. Padahal sewel jugak. Tapi sewel itu biarlah hanya orang terdekat saya yang tahu. You see me, then you know me. Ok tengok la gambar :)


 Pengantin pompuan memang gila Dr. Marten.

 Sibuk nak pakai Dr. Marten sampai bunga pun tinggal kat rumah.

 Adik pengantin haruslah lagi over posing ayu atas pelamin. Wearing my Jovian RTW Jaida.

 Muka sangat gatal

 Kawan-kawan sepejabat

 Bergambar bersama Tweji Tokki a.k.a Pig Rabbit


 Sibuk lagi dengan kasutnya

 This is my besties! 

 Tidak senonoh




 Gangnam Style





Overall wedding ni sangat memenatkan sebab sedara mara request suruh buat di rumah sebab saya dulu buat di dewan. Last-last Kakpah jugak yang penat. Saya sebagai tukang selaras majlis, wedding planner tanpa kelulusan, tukang buat goodies, tukang buat hantaran, pekerja rencam, tukang beli barang, tukang pikir, tukang tempah dan sebagainya. Jadi pada hari kejadian, pukul 2 saya sudah flat. Lepak je atas buaian sebab dah kepenatan. Kesian suami saya kena susun kerusi sorang-sorang pagi tu sebab malam sebelum tu hujan. Petang lepas majlis pun hujan lebat gila. Nasib baik majlis dah selesai. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pun sempat singgah bagi sumbangan. Terima kasih Tok Ali sudi singgah dengan keadaan hujan lebat becak pulak tu. 

No comments:

Post a Comment