Tuesday, August 16, 2011

I Love Perry


Saya tak tau ape dah jadi dengan saya skang ni. Kalau puasa tahun lepas saya habiskan masa menunggu waktu berbuka dengan melayan Asian Food Channel (AFC). Korang bayangkanlah tengah puasa boleh tengok rancangan masak-masak. Pehhh memang meleleh ayor liur. Lepas tu pulak yang masak tu chef-chef terrer. Of course la resepi die dasat-dasat kan? Ayam Spanish la, roti olive la. Eh semua resepi sedap-sedap tu saya salin tau. Tulis dalam buku resepi comel saya. Tapi tak pernah buat pun :P Tapi tahun ni rutin harian saya dah bertukar.

Saya balik keje skang pukul 4.30. Nganga-nganga kejap kat opis, turun tangga 19 tingkat, sampai la rumah pukul 5. Lepas mandi, Asar sume terus buka TV. Oleh sebab dah duduk dengan makcik saya, saya melayan anak-anaknya tengok Disney Channel. Si kecik Zahin tu mood die tukar-tukar. Kadang-kadang die nak tengok Disney Channel, kadang-kadang nak Cartoon Network. So bila dapat tengok Disney Channel saya sangat-sangat la suka tengok cite kartun Phineas and Ferb. Hari-hari pukul 6 sampai 7 malam. Kartun die sangat la laju dan seronok. Ada lagu-lagu pulak tu. Dan yang paling comel sekali ialah watak pet si Phineas and Ferb ni iaitu Perry the Platypus yang sebenarnya seekor secret agent binatang Agent P. Comel gile Perry ni, bunyik die sangat-sangat la comel. Lagi sorang watak comel ialah si Isabella. Bila die datang kat Phineas, die akan cakap "What u doing?" dengan nada yang sangat comel. Watak Candace iaitu kakak kepada Phineas and Ferb voice over die memang sangat sesuai. Tau tak siapa suara Candace tu? Suara Ashley Tisdale. Memang cool. So sejak dari itu Phineas and Ferb is my favourite cartoon!!!


Phineas and Ferb yang comel :)

Saya nak sangat beli plush Perry ni tapi takde jual kat Malaysia ke?


No comments:

Post a Comment