Monday, August 8, 2011

The New Me


Kenapa blog ni kosong? Xde post? Sbb dh ilang... Hehehe... Welcome to the new My World Blog!!! Diperbaharui, dinaik taraf, ditambah perisa dan lagi best (ala2 iklan Myvi). Sebenarnya saya teramat la busy sejak duk Melaka balik. Keje baru ni xdela mcm keje lama. Dulu keje bnyk ad hoc dan bile keje siap boleh rileks. Sekarang keje dah lain. Sentiasa ada keje. Kalau xde keje kene wat perancangan keje untuk next week plak. Sbb kami ada target yang nak kejar setiap tahun.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Itulah slogan saya skarang. Berbalik pasal saya, saya sekarang dah 48kg (OMG!!!) Sejak duk Melaka ni saya semakin sihat. Setakat asam pedas dgn ayam goreng tu senang je cari. Sbb dah duk dengan family, duit pun dh jimat la xpyh nak isi minyak balik kg, bayar sewa rumah, so duit banyak habis kat makan. Setakat McD tu seminggu 3 kali pun boleh. Patutla debab. So sempena bulan puasa ni saya berazam nak turunkan berat jadi 44kg balik. Kawan2 doakan lah saya. Saya xmau beli jeans baru. Saya nak pakai jeans yang sama....

Saya skarang kerja di Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Office saya kat Menara Persekutuan dekat MITC. Tingkat 19. Sape2 datang sini boleh la singgah jenguk saya. Oleh kerana makcik saya yang duk Terengganu tu dah pindah Melaka, so saya skang duk dgn die. Tiap2 hari hantar anak die pergi sekolah. Rumah dekat je dengan office. Status saya skang dh engaged (malu2 kucing la plak). Tunang saya namanya Megat Zulkifli. Orang Perak. Kerja kat Ipoh. Lagi ape ek? Ohhh, Atan dah besar. Dah gumuk macam Azrul dulu dah. Ok lah, cukuplah stakat ni dulu. Nanti ada masa update lagi ek.



Sekadar gambar hiasan


No comments:

Post a Comment