Monday, December 3, 2012

Kucing Naik Pelamin


Ala tajuk saje je kasi gempak. Cuma gambar si gemuk busuk Atan bersama pengantin yakni kakak saya si Demuk Busuk. Gambar-gambar lain masa kenduri kahwin nanti saya post ok? 

Cumel kan Atan naik pelamin?


Monday, November 19, 2012

Happy Birthday To Me


Yeay! I am 27 years old. Tapi saya nampak muda kan? Macam kanak-kanak sedang belajar di Kolej. Huhu. Tahun ni first time sambut birthday sebagai isteri. Doesn't make any difference sebab masih PJJ dengan suami. Kasihannya saya. Tapi saya dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat menyayangi saya. Sama-sama celebrate birthday saya. Orang pertama sekali yang celebrate is Mrs. Kaka. Punyalah tak sabar orang tu nak makan kek paksa celebrate sehari awal. Hahaha. Seronoknya. Ok birthday saya is 6 November.

 Mrs. Kaka belanja cheesecake kat Secret Recipe. 

Untuk birthday saya jugak, dapat birthday gift dari Clarins. Saya jadi member sejak tahun lepas. Dapat double point jugak on birthday month. So saya pun beli la Double Serum untuk mengekalkan keremajaan saya. Wek! The Body Shop jugak ada bagi 25% off normal priced item untuk birthday month. Beli la stok set pencuci muka Vitamin C. I love shopping on my birthday :)

 Coin pouch dari Clarins


Seterusnya Cik Yaya belanja kek yang sangat sedap kat Vivo Pizza. Sangat sedap kek dia. Siap dapat voucher free coffee. Macam tau-tau ja saya suka coffee.



 Ape kejadah tah nama kek ni. Choc mousse dan cheese strawberry

 Makan baked rice


Acara seterusnya celebrate sendiri di Nadeje Cake Shop, Mahkota Parade. Sanggup beratur nak makan cake lapis-lapis ni. Tak menyesal sungguh. Sangat sedap. Saya baru je masuk member Nando's. Dapat birthday voucher lagi. Dapat hot beverage dan dessert. Seronoknye hari jadi!!

 Sambut dengan Ain pula di Nadeje Cake Shop. Makan Mille Crepe cake. Berry berry strawberry. 

Nando's pun bagi hadiah birthday jugak

 Thank you Nando's belanja dessert dan hot tea sempena birthday saya :)


My best buddy Niesha berjaya mensurprise saya dengan mengupah amoi kedai bunga untuk hantar bunga sempena birthday. Bersekongkol dengan Kaka rupanya diorang ni. Thank you sangat. Sayang korang. 

Bunga dari Mrs. Shasha yanga sangat best! Thank you buddy!

Sempena birthday saya, saya telah menghadiahkan diri sendiri 2 helai baju dari thepoplook.com dan sehelai peplum dari Msberipink's Closet. Sangat gembira bagi hadiah untuk diri sendiri. Dengan ini saya nak ucapkan terima kasih pada semua kawan-kawan yang wish birthday saya, mahupun di SMS, call dan FB. Terima kasih jugak FB sebab ingatkan birthday saya pada kawan-kawan dan suami saya yang comel tu. Ye lah birthday sendiri pun lupa inikan birthday isteri. Nasib baik isteri baik hati memahami tak reti merajuk. Belum sempat celebrate dengan hubby lagi. Hadiah pun belum dapat. Tunggu dia balik sini. Ikutkan hati macam-macam nak mintak tapi saya sangat baik hati. Mintak hadiah murah-murah cukuplah. Janji kami bahagia :) (Poyo la pulak)


Wednesday, October 24, 2012

Zaggora Hot Pants



This post is dedicated to those who are eager to lose inches by doing healthy activities. Last month I have entered a contest on a UK based company's Facebook. The company sells sports shorts, pants and jackets. What is unique about the products is the material. It called Neoprene. A material that respond to your body heat. The more exercise you do, the more you sweat. Actually, double or triple than you exercise in a normal apparel. Haaa sounds interesting right? The contest is very simple. You design the hot pants as you like, the colour, the logo, the stitch etc. Then submit it. They pick the winners EVERY HOUR! So, how the hell did I win? Well the company is in UK so me and my best buddy Shafikkha submit as many entries as we can in that particular hour, exactly 4 pm (it probably sleeping time in the UK) then we won!! Both of us. So Kakpah is very happy. Win a pair of RM200++ prize from the UK.





Okay my friends are like "You are skinny why you need to slim down?" thingy. To be honest yes I am slender. I am 46kg with 5 feet and 1/2 inch tall. But I have a very small frame. Small shoulder, small upper body. But my lower body is kinda not match the upper body. I am an A type figure. Yeah you heard it right, like a cone. On the side of the highway. So I need to lose a little bit of my tummy and a couple of inches of my sexy back. Yeah. I am not the type that buy expensive food replacement for slimming down. I have dedication to lose weight in a healthy way, natural way - the exercise. I love jogging, walking and going on my Takasima bike. So this pants are my kinda thing. 

My Nude Hot Pants are ready for tomorrow's activities

I love this kinda very generous company. Zaggora already given 475 free Nude Hot Pants over the contest period. It is a very good way of advertising. Let normal people use it for themselves then post all the testimonials on their page. I am currently on a 2 weeks challenge to lose those inches to win another prize from them. Very generous right? The first day I jog wearing those Hot Pants, I felt the waterfall sweats. Yeah, you sweat like hell. It will literally wet your underpants. Extra calories BURN!! The challenge is to wear the Hot Pants 30 minutes every day for 2 weeks doing exercise. Okay I will update my results when the 2 weeks end. If you are like me who wants to slim down by doing healthy activities, you can order a pair of these Hot Pants from Zaggora and I promise you won't regret it. Worth the money. 

For more info do visit Zaggora's official website or Facebook for more contests.

Tuesday, September 25, 2012

These Boots Aren't Made For Walking


Working in this department (Department of Environment) you must remember few things. Always wear pants to work. Worst case, spare a pair of pants in the locker. Kalau tak? Kau pakailah baju kurung cun-cun kau tu terkedek-kedek tepi jalan pakai safety boot.


The accident happened on 24th September about 6.45 am. Tapi kami dipanggil kira-kira jam 11 pagi sebab tumpahan arak masuk ke parit. Kemalangan ni ialah sebuah lori bawa arak dan rokok seludup yang dirempuh Myvi then Myvi tu terseret belakang lori then terbakar. Driver Myvi terbakar 80% dan mati di tempat kejadian. Driver lori lari. Saya tak tahu unit aduan tak ada minggu ni so tak terfikir nk standby pun. Tiba-tiba bos panggil suruh pergi siasat aduan ni cepat-cepat. Ok aku pakai kebaya. Walaupun kebaya aku buruk tapi tetap kebaya dengan kain batik siap. LOL. Ok takkan nak pakai sandal Crocs plak pergi tepi highway ni? Ok lah pakai safety boots. Belum keluar office orang dah gelak. Ok never mind I look cute. Hohoho. Sampai site abang-abang Bomba duk gelak-gelak tengok saya terkedek-kedek. Siap boleh main langkah-langkah longkang pakai kain batik. JAS boleh!! Mulai minggu ini saya berjanji akan spare seluar hijau dan tshirt dalam locker. Baju kurung banyak tak boleh pakai pergi office pulak nanti. Saya nak jugak melaram sekali-sekala. Balik office kena ketawa lagi. Ok bye. I still look cute. 

Abang Propel mungkin sedang cakap "What the hell?" or "What the fish?"

Thursday, September 13, 2012

Avengers Sevenfold


This is not a typo. Please read carefully. Hahaha. Saya jumpa benda-benda mengarut ni kat 9gag.com. Okey, ia adalah page yang melalaikan. I blame my cousin kerana menyebabkan saya terjebak dengan website ini. Sangat-sangat melalaikan. Everybody knows The Avengers adalah filem superhero paling hebat ever!! Even saya pun terkena demam Avengers ni. Tak pernah umur tengok satu movie sampai 3 kali kat wayang okey! My favourite is Captain America. Oh he's very hot, sexy n everything in between. Oh, sorry Captain Megat, you are always the sexiest in my heart. Avenged Sevenfold is one of my favourite band. The nasal voice is very distinctive. I am tend to love bands which the lead singer has distinctive voice. So bila mash up dua perkara ni jadilah gambar-gambar mengarut seperti di bawah. Dan pada masa yang sama The Avengers ditayangkan di pawagam, Avenged Sevenfold berada di Malaysia perfoming. Well, that is cool. 







Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammulaikum semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri pada semua sahabat handai, rakan taulan, sedara mara, rakan kerja, kenalan, menteri-menteri, artis-artis yang mengenali saya dan saya kenali. Huhuhu. Saya nak minta ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya selama ni sama ada perbuatan, percakapan, secara sengaja atau tidak. Jika ada terhutang, terpinjam terlupa bayar tolong inform saya, saya akan bayar. Saya doakan kamu semua menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan keseronokan tanpa berlebih makan, cirit-birit, sakit perut. Semoga perjalanan balik kampung selamat sebelum, semasa dan sesudah sampai. Bagi yang memberi duit raya, berilah dengan seikhlas hati, mengikut bajet dan kemampuan masing-masing. Jangan menunjuk-nunjuk bagi duit raya banyak. Sedekahlah pada anak-anak yatim kerana ia mampu mengukir senyuman pada mereka. Jangan berkira dengan anak yatim. Tahun ni saya beraya di kampung hubby di Kuale Kangsor, Perak. Sabtu pukul 1 petang baru bertolak balik tumpang officemate yang balik Bukit Gantang. Hubby akan tunggu di tol. Oleh kerana tak dapat tolong-tolong masak, jadi saya akan masak awal-awal pagi Sabtu dari rumah dan bawak bekal ke sana. Buat la sikit rendang daging cili padi, rendang ayam, sambal ikan bilis dan ketupat segera. Pagi raya nak berjalan raya, nak salam Raja Dr. Nazrin. Eh!! Tak boleh, haram. Nak salam Tuanku Zara. Itu pun kalau boleh la. Jemput datang ke rumah mana yang dekat-dekat. Ok bye. Muahh.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Farashina & Megat Zulkifli

Tuesday, August 14, 2012

Zalora oh Zalora


Sincerely I'm not too fussy. I can accept apology if it is reasonable. I don't mind if my item arrived a bit late if I have no plan to use it soon. But we are talking kasut raya right now. Of course it has to arrive before raya for me to wear them on raya. If not, why we call it kasut raya? Damn (kurang pahala puasa). Saya ada order kasut raya dari Zalora. Tarikh order is 1 Ogos. Confirmation untuk order dan payment dah dapat. Kalau ikut description pada item tu "at your door between 3-4 working days". Abah mung! (kurang lagi pahala). Sekali saya contact customer service dia, cakap ini international item memerlukan 7-14 hari bekerja. Waklu. Cakap macam hero tamil. Kan senang awal-awal kau cakap macam tu. Takdelah aku ternanti-nanti kat kaunter tu tunggu abang courier datang. Cehh!! Situ dah tipu satu. Luckily my first purchase with Zalora came in with no problem. Which is my Jovian by Jovian Mandagie. Sape tah nama customer service tu eh? Lupa dah. Dia janji minggu ni kasut raya saya sampai. Kalau tak sampai nak buat aduan kat pihak yang berkaitan. Lately banyak sangat komplen pasal Zalora ni. Saya ni takda lah nak emo sangat nak termakan kata-kata negatif orang ni. In case la kalau yg ni tak sampai juga minggu ni, I don't think I will buy anything again from them. Dia ada send apology email pada semua customer mengatakan tengah upgrade system so boleh cater ribu-ribu order sehari. Mungkin Zalora dah terlebih famous so staff pun tak cukup, order salah hantar, tukang order tak sempat order dari oversea. Tak tahu la kan, pikir positip je ni. Doa-doakanlah kasut rayaku sampai tepat pada masanya. Dah la first time nak raya dengan husband ni. Buat spoilt je..

I'm waiting for you my lovely kasut raya :(

Friday, August 3, 2012

Penjaga Alam Sekitar

Green Squad Enviro. That is what the boys called themselves. Nama memang catchy. But the truth is our responsibilities as Environmental Control Officers and Assistant Officers are very much different than civilian would think. Jangan ingat kami pergi tanam pokok, kutip sampah, rawat sungai tercemar. It is a lot more than that. Public won't see what we do until you filed a complaint. Then you will see our friendly faces. Kitorang ni bekerja di belakang tabir. Nama pun Environmental Control. Atau nama jawatan dalam bahasa Melayunya Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar.. Fuyooo sikit punya panjang nama jawatan melambangkan tanggungjawab yang berpanjangan terhadap alam sekitar. Ok cukup perasan. So, hari ni saya nak kenalkan dengan tugas-tugas pegawai-pegawai JAS ni pada semua.

1. Unit Punca Tetap - Jaga kilang-kilang yang tak bergerak. Huhuhu. Tetap la maksudnya tu. Kitorang pantau kualiti air yang dilepaskan dari treatment system yang merawat air dari proses kilang. Proses ni kan banyak guna chemical. Selain tu pantau buangan terjadual yang kilang tu hasilkan. Ok jangan salah anggap dengar buangan terjadual. Tiada kena-mengena dengan pembuangan apa-apa yang ada jadual. In English is Scheduled Waste. Apa-apa waste/buangan yang tersenarai dalam jadual. Bahan-bahan ni toxic dan bahaya. Ada kesan yang buruk pada alam sekitar dan manusia. So wastes ini perlu dilupuskan mengikut cara yang betul. Then dipantau juga asap cerobong. Yang ni semua nampak kan? Eh tapi jangan salah anggap asap putih tu semuanya asap. Kadang-kadang asap putih tu wap air. Ok paham kawan-kawan? Next..

2. Unit Punca Bergerak - Asap hitam dari kenderaan diesel dan petrol. Kitorang tahan lori, test pakai Muller Bem. Yang ni test opacity asap hitam. Unit ni juga test bunyi bising motorsikal dan refrigerant aircond kat bengkel-bengkel.

3. PYDT - Premis yang ditetapkan iaitu kilang-kilang yang diberi lesen asing daripada kilang lain. Contoh seperti kilang sawit, kilang getah, kilang recovery, incinerator dan lain-lain.

4. Kumbahan dan IKS - Ok ini unit saya! Saya suka unit ni. Saya jaga semua loji kumbahan IWK dan private. Ambil sample air, hantar jabatan kimia. Pastu pergi inspection IKS jaga scheduled waste diorang. Kacang je unit ni. Tapi korang kalau dengar IWK mesti korang mcm sceptical kan? Tengok poo poo orang lain, ketul-ketul terapung.. Ade biji-biji cili lagi. Ok cukup :P

5. Aduan, Kontigensi dan Cegah Pembakaran Terbuka - Segala aduan mahupun logik atau tidak, pelik atau tiada kena mengena dengan alam sekitar, we'll be there. kalau ada kena mengena dengan department lain, kami forward. Then kontigensi is pelan tindakan untuk kes-kes special like oil spill kat laut or darat, chemical spill dan lain-lain la yang mencetuskan kedatangan Karam Sigh Walia. Then rondaan petang-petang cegah open burning. Dari construction site, kilang-kilang, taman-taman dan lain-lain yang tidak dibenarkan. Makcik-makcik kat kampung boleh bakar daun-daun kering tapi no plastic or rubber ok!

6. Pembangunan - Bawah bahagian pembangunan ada unit Kebenaran Bertulis dan Penilaian Awal Tapak untuk submit new premises and equipment, Pendidikan, Pengawasan sungai, laut dan air bawah tanah serta kualiti udara, EIA (Environmental Impact Assessment) dan GIS. Mereka tak buat enforcement. 

If you are supposed to be in a factory handling treatment plant, atau pemilik-pemilik lori yang banyak, kamu akan kenal kami dan takut kami. Kerana kompaun kami RM2000 dan prosedur nak masuk court kalau tak bayar is amat cepat. Kami mencegah rather than merawat. Kami prevent pencemaran dari berlaku. That is why I happened to love this job. Dari dulu yang tak berape nak environmental friendly sekarang dah jadi sangat aware, I bring my own shopping bag ok. 

Pesanan dari saya, jagalah alam sekitar kita, conserve energy, use reusable shopping bag, reduce waste. Tips-tips amalan hijau ada kat internet. Cari je. You can make a difference!!

 Green Squad Enviro sedang menjalankan tugas!!

Kaka di hadapan loji kumbahan jenis kolam oksidasi

Tuesday, July 31, 2012

Hello Jaida!

Laki bagi duit nafkah suruh buat belanja makan. Tapi bini kaki shopping tak boleh tahan nafsu shopping. So, hasilnya dengan penuh rasa bersalah terhadap suami tercinta, maka Jaida yang cantik manis menjadi milik saya. Oh no! This one not my baju raya as I already have too much baju raya. Macamlah artis nak pakai baju raya banyak-banyak pergi function. Jaida is for my sister's wedding this November. Mampukah kamu bertahan? Huhuhu.

 Lovely Jaida

 Saya punya is creme-navy

 Dapat pun thank you card dari Jovian. With original signature 

 Owh ini bukan saya punya. Kawan kirim.. 

Cukuplah 2 pasang Jovian by Jovian Mandagie untuk saya. Kalau ikut nafsu serakah mahu 5 6 pasang tapi kereta , bill tak payah bayar la. Anyway sangat berpuas hati dengan kualiti dan design dia. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Yang paling penting I look taller. Kata nak cun macam Selena Gomes. Cehhh..

Monday, July 23, 2012

Legend.. wait for it.. DARY Jovian Mandagie

Hai guys! Firstly saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan beragama Islam di luar sana. Semoga semua dapt berpuasa dengan penuh keimanan dan ketekunan :) Since semua orang dan sibuk buat persiapan raya, of course la baju raya akan menjadi 1st priority right? Saya tak tahulah apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ni tp fenomena terbaru dalam fashion industry is the madness of Jovian Mandagie's ready-to-wear collection, Jovian. Even Rizalman pun dah release dia punya ready-to-wear collection which is 20 by Rizalman. Tapi bila Jovian released, segala wanita di Malaysia jadi rakus, gila dan berebut-rebut untuk dapatkan a piece of these!! 

This is my opinion why Jovian by Jovian Mandagie is LEGENDARY:

1. Great design. For sure it looks like a designer's piece.

2. Great price. Kalau korang tempah design macam ni pun kat tailor korang takkan dapat harga ni. Very         affordable. Great for middle range earning to own a designer's piece.

3. Great fabric. The fabrics are suitable with every design. High quality too.

4. Easy to buy. Yang mana sanggup beratur boleh pegi ke 5 First Lady terpilih untuk try dan beli. For those yang online-shoppaholic like me boleh beli di Zalora. A very reliable and safe online shop. 

For me, I managed to get my hands on a piece of Janissa. Saya pakai size XS and this is surely makes me look taller :P


 I don't look this good when I'm trying this on..
 My lovely piece of Jovian :)
 Admiring the sparkling stones!!!
My order came in this cute box..

Since harganya sangatlah berpatutan, saya hanya spend my overtime claim to get this. Niat di hati yang suci murni ni memang nak beli lagi satu. Tapi my hubby said NO. Cukup satu. Tapi... (hehehe). Zalora, we'll meet again soon..

*If korang nak tau, masa 1st released kat First Lady Jalan TAR, rak tu jadi kosong in just 10 minutes. So, korang boleh bayangkan betapa phenomenal Jovian by Jovian Mandagie ni. 

Thursday, July 19, 2012

I am a WIFE

Assalammualaikum semua. Since saya dah lama tak update blog, saya nak bagitahulah pada semua yang saya telah selamat mendirikan rumahtangga bersama Encik Megat Zulkifli dari Kuale Kangsor, Perak. Majlis pernikahan kami berlangsung pada 30 Mac 2012 di Masjid Kg Tun Abd Razak, kampung saya dibesarkan. Dinikahkan oleh Tok Imam Haji Mat Deni, yang kenal saya dari kecik (Tengah bawak basikal pusing kampung Tok Imam panggil, nak, pegi ambik bubur lambuk kat masjid). Lepas nikah lepas Isyak, ada jamuan kecik-kecik makan nasi ayam di rumah Busu saya di Ayer keroh. Lepas tu posing-posing ambik gambar lentok-lentok kat tangga (nasib baik rumah aku takda pelamin kalau tak mau tido aku atas pelamin).

Next day our reception kat Dewan Dato' Demang Hussin, Bukit Katil. Dewan ni saya book tanpa tengok pun sebab dh last minit semua dewan lain either dh kene booked atau mahal sangat. Tapi sangat bepuas hati dengan harga yang ditawarkan memandangkan dewan ni baru renovate, upgrade tambah aircond. Ada pentas comel, dinding zink dah cover dengan plywood, cat pun baru. So sangat puas hati. Kami pengantin koboi, time Siew Ting Ting datang mekap kat rumah just tinggal 2 orang pengantin baru ni je sebab semua dah pergi dewan. Then, pengantin bawak kereta sendiri datang dewan. Sangat romantik. The week after is kenduri bertandang di Kuala Kangsar, rumah family hubby.









So nah la tengok gambar kawen saya yang sengal-sengal udang malu-malu kucing ni. Official photographer is TN Pesona Studio dan De' Shutter Creation (Cam artis aku pakai 2 OP).

*cukup tak? tak cukup boleh view di FB saya. If you're going to get married soon, do contact these 2 photographers as I strongly recommend them. Beautiful results.

Friday, January 20, 2012

Bukan Aku Tak Sudi


Hmmm..

Sebenarnya saya rindu sangat nak update blog ni. Dulu masa kat Mentakab memang selalu sangat la update. Banyak benda nak dicerita, banyak gambar nak dikongsi. Tapi sekarang??? Bukan saya tak sudi. Tapi saya takde masaaaaaa!!!! Sejak puasa 2009 memang saya dah tak dapat update selalu sebab laptop saya dipanah petir. Rest in peace my Acer. Lepas tu bulan 10 saya pindah Melaka sebab bertukar pejabat ke Port Dickson. Lagi la tak dapat update sebab celah mana nak cekau internet. PC yang ada kat office pun kena sharing is caring. So sejak tu la blog saya senyap sunyi macam... Ntah tak tau macam apa.

Bulan Januari 2010 saya mula kerja di Melaka. Dapat kerja baru, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar. Then saya amat jakun kerana semua orang dapat PC dengan internet sorang satu. Lepas tu asyik je meeting then ada makan-makan. Seronok weh. Dulu tak merasa ni semua. Kerja ni lebih sibuk dari kerja Juruteknik dulu. Of kos la gaji lebih sikit kan? Kerja ni tiap-tiap minggu kene buat kerja luar at least sekali ke tiga kali seminggu. Untuk pergi penguatkuasaan, lawatan dan aduan dll. Balik office kena siapkan report lawatan, masukkan data dalam sistem, report pada boss, compile lawatan untuk laporan bulanan, simpan gambar dalam PC bla bla bla.

So memang la saya takda masa la sangat nak update blog. Pergi jalan-jalan pun lupa nak ambil gambar. So apa yang saya nak letak dalam blog? Ada je gambar tapi tak sebest gambar kamera pinjam Kolej Komuniti Temerloh yang grand lagi mahal itu. Masa saya di depan PC sekarang saya gunakan sebaik-baiknya untuk siapkan report kejadah semua tu, sambil-sambil on FB la. Hehehe.

Ok la, saya nak pegi siapkan report kejap eh. Bye bye.